Saturday 15 December 2012

Alga -Makanan Hijau Sihat and Bahan Api Bio (Alage-The Current & the future healthy Nutrient Food and Green Bio Fuel)

Berapa ramaikah daripada kita mengenali alga. Ia sejenis hidupan seni berwarna hijau yang menjadi makanan pada peringkat awal rantaian makanan dalam persekitaran air laut.Ramai tidak menyedari potensi lain mikrorganisme ini sedangkan penggunaannya diluar negara semakin meluas. Kami di sini telah melihat potensi organisme ini berdasarkan kepada perkembangan industri di luar negara yang memanfaatkan alga untuk pelbagai kegunaan.Dua kegunaan alga yang diterokai ialah penggunanya dalam farmaseutikal dan juga biofuel (bahan api bio). Alga dikatakan sangat sesuai untuk makanan ikan salmon, menjadinya popular di negara Barat tetapi bagi kami di ini, ia lebih daripada sekadar itu. Di sisi terdapat dua jenis alga yang mustahak sedang dikultur ialah Nanochloropsis dan juga Haematococcus pluvialis yang masing-masing mempunyai dua kegunaan berbeza. Haematococcus berguna untuk menghasilkan asthaxanthin, sebagai sumber anti-oksidan yang tinggi manakala Nanochloropsis dimanfaatkan untuk pengeluaran biodiesel.Alga berkenaan secara berperingkat dikultur dan dibiak di dalam makmal sehingga dipindahkan ke sistem yang lebih besar sama ada kolam terbuka atau biofence photo bioreactor bergantung kepada keperluan pengeluaran.Proses ini mengambil masa yang singkat sebelum dapat dituai hasilnya.Kemampuan Alga untuk dituai dalam masa yang singkat juga merupakan satu tarikan yang sangat besar bagi syarikat ini berkecimpung didalam bidang ini. Tidak seperti sumber biofuel yang lain seperti kelapa sawit yang memerlukan sehingga beberapa tahun untuk dituai.
Alga dikultur dalam kelalang di makmal. pendapat pakar Alga juga tidak memerlukan keluasan tanah yang terlalu banyak, yang mana terdapat banyak pendapat pakar alam sekitar yang mendakwa penghasilan biofuel memerlukan terlalu banyak kawasan tanah dan boleh menyebabkan kekurangan tanah bumi.Haematococcus merupakan sejenis alga yang bergerak dan hidup dalam air tawar. Alga ini memerlukan nitrogen, fosfat dan potassium serta unsur surih serta vitamin untuk pertumbuhan yang sihat. Alga jenis ini sangat sesuai untuk biofuel dan dapat mengekalkan kelestarian alam sekitar jika di hasilkan secara besar-besaran. Ini kerana, alga memerlukan karbon dioksida untuk berkembang dan untuk menjadi biofuel ia akan membebaskan gas tersebut. Proses yang dinamakan sequestring atau pengasingan karbon dioksida itu juga merupakan satu peluang industri yang wajar diterokai. Untuk tujuan ini, pihak kami tengah berbincang dengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau pihak swasta yang berminat dalam bidangan ini bagi tujuan mengembangkan kegunaan alga berkenaan bagi tujuan biofuel. Bagaimanapun penghasilan alga untuk tujuan biofuel memerlukan kuantiti yang banyak.Sebagai contoh, untuk menghasilkan i liter biofuel, sebanyak 3,000 liter alga diperlukan.Menariknya, makmal kami mendapat bimbingan perundingan daripada pakar-pakar alga tempatan serta dari luar negara. Alga sebagai sumber pengeluaran Spirulina untuk tujuan pasaran tempatan dan timur tengah memandangkan, pengkulturannya sama dengan alga dan sangat berpotensi sebagai makanan kesihatan.

Alage Info News and Youtube

http://www.youtube.com/watch?v=HLSguFxXtCg&feature=youtube_gdata_player